Isnin, 29 April 2013

PEMINTAL LIDAH

video

PANDAI BAHASA


Adik ke kedai membeli halia,
     Emak memesan membeli laksa,
Jadilah insan berhati mulia,
     Baik hati berbudi bahasa.
Bintang tujuh sinar berseri,
    Bulan purnama datang menerpa,
Ajaran guru hendaklah dicari,
    Mana yang dapat janganlah lupa.

Anak rusa masuk ke taman,         
     Puas sudah orang memburu,
Kalau muda jadikan teman,
     Kalau tua jadikan guru.
         
       
Berakit ke hulu dengan bergalah 
    Buluh pecah terbelahdua
Orang tua jangan dilangkah 
   Kelak biadap dituduhnya pula

Jumaat, 26 April 2013

PENDAHULUAN

JENIS-JENIS PENDAHULUAN KARANGAN 1. Contoh Pendahuluan Jenis Pantun Soalan: Anda telah dipilih mewakili kelas dalam pertandingan menulis esei sempena Minggu Keusahawanan yang dianjurkan oleh Persatuan Ekonomi sekolah anda. Tajuk esei yang ditetapkan ialah “Faedah Berjimat Cermat”.Tulis esei anda itu selengkapnya. Tikar pucuk tikar mengkuang, Alas nikah raja Melayu; Ikan busuk jangan dibuang, Buat perencah si daun kayu. Pantun warisan di atas mengingatkan kita supaya tidak membuang ikan yang sudah busuk. Sebaliknya, suri rumah yang kreatif seharusnya memanfaatkan ikan busuk itu untuk dijadikan hidangan yang istimewa. Dengan sentuhan yang bijak, ditambah pula dengan pelbagai ramuan termasuk ulam-ulaman, ikan busuk itu akan menjadi makanan yang enak untuk dinikmati. Demikian, maksud secara literal pantun empat kerat di atas. Secara tersiratnya, pantun tersebut mengingatkan kita agar sentiasa berjimat-cermat dalam kehidupan amnya, dan perbelanjaan seharian khususnya. Tambahan pula, agama Islam sendiri melarang umatnya bersikap boros lantaran pemboros ialah sahabat syaitan.

BAHASA KU

KEINDAHAN BERBAHASA PERIBAHASA DAYUNG SUDAH DI TANGAN,PERAHU SUDAH DI AIR MAKSUDNYA SEGALA-GALANYA YANG DIKEHENDAKI SUDAH DIPEROLEH

PENGENALAN

Laman sesawang ini dibangunkan bagi membugarkan kembali kaedah pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di sekolah. Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, membugarkan bermaksud proses menyegarkan sesuatu. Maka di sini, pembugaran P&P bahasa Melayu bermaksud menyegarkan kembali proses P&P di dalam kelas. Jika selama ini, guru hanya menggunakan papan putih, pen marker semata-mata. Kini, dengan kecanggihan teknologi, para guru boleh menggunakan pelbagai bahan untuk proses pengajaran. Sebagai contoh, menggunakan laman sesawang ini.