Jumaat, 26 April 2013

PENDAHULUAN

JENIS-JENIS PENDAHULUAN KARANGAN 1. Contoh Pendahuluan Jenis Pantun Soalan: Anda telah dipilih mewakili kelas dalam pertandingan menulis esei sempena Minggu Keusahawanan yang dianjurkan oleh Persatuan Ekonomi sekolah anda. Tajuk esei yang ditetapkan ialah “Faedah Berjimat Cermat”.Tulis esei anda itu selengkapnya. Tikar pucuk tikar mengkuang, Alas nikah raja Melayu; Ikan busuk jangan dibuang, Buat perencah si daun kayu. Pantun warisan di atas mengingatkan kita supaya tidak membuang ikan yang sudah busuk. Sebaliknya, suri rumah yang kreatif seharusnya memanfaatkan ikan busuk itu untuk dijadikan hidangan yang istimewa. Dengan sentuhan yang bijak, ditambah pula dengan pelbagai ramuan termasuk ulam-ulaman, ikan busuk itu akan menjadi makanan yang enak untuk dinikmati. Demikian, maksud secara literal pantun empat kerat di atas. Secara tersiratnya, pantun tersebut mengingatkan kita agar sentiasa berjimat-cermat dalam kehidupan amnya, dan perbelanjaan seharian khususnya. Tambahan pula, agama Islam sendiri melarang umatnya bersikap boros lantaran pemboros ialah sahabat syaitan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan